Selasa, 19 Julai 2011

cara membuat kek

Bagaimana mewarnakan fondant anda

Fondant selalunya berwarna putih, sama ada yg kita buat sendiri atau beli dari kedai. Bagaimana cara nak menambahkan warna pada fondant? Di sini ada videonya.

Tip penting: Guna pewarna pes (paste) atau gel, jangan guna pewarna cecair.


Adding Color to Fondant -- powered by eHow.com

Selamat mencuba!

Resipi Fondant Icing - Mashmallow Fondant Recipe

Ramai yang dah mula buat cupcake guna fondant icing. Nampak lebih kemas dan cantik. Tapi, nak buat fondant icing tu bukan senang. Nak senang, boleh beli yang dah siap buat kat baking shop seperti Bagus atau Bake With Yen.Harga dalam M15.00 per kg untuk kualiti sederhana, RM50.00 untuk 2 kg untuk kualiti terbaik.

Kalau nak buat sendiri, boleh try Mashmallow Fondant
16 oz miniature marshmallows (yang kecik boleh beli kat bakery shops)
2 lbs. gula icing
2 sudu besar air
Crisco (shortening) 1/2 cawan.
Cara:
1. Lumurkan crisco atas meja tempat menguli dan tangan.
2. Cairkan mashmallow dan air dalam microwave hingga sebati dan licin. Pastikan dikacau setiap 30-45 saat.
3. Masukkan 3/4 daripada gula yang disediakan dan kacau sehingga sebati.
4. Keluarkan dari bekas ke atas meja (yg dilumrkan dengan crisco tadi). Uli dengan tangan sehingga mendapat doh yang liat.
5. Simpan doh dengan plastic wrap dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum digunakan. Kalau

Atau tengok video ni:

Selamat mencuba!

Nanti saya share video decoration guna fondant.

Kak Min di BakingProject.com pun ada recipe rolled fondant. Boleh dapatkan kat sini:
http://bakingproject.com/index.php/2008/03/25/fondant-recipe.html

Cupcake Pilihan: Kay Bakery

Kay Bakery menawarkan pelbagai jenis cupcake, perisa vanila, chocolate, orange, pandan dan strawberry. Ada juga muffin blueberry, strawberry, orange, kiwi, chocolate atau banana. Tarts pun ada seperti mini tat buah, tat keju beri biru, lemon, telur, atau chicken pie/beef pie. Semua ada kat sini.

Nak tengok design dari Kay Bakery yang comel-comel belaka, boleh layari
http://www.flickr.com/photos/kaybakery/ atau blog http://kaybakery.blogspot.com/.

Kalau nak maklumat lanjut, boleh email tuan punya bakery (home-based), Puan Yati at noorirdawati_hassan@yahoo.com , ataupun telefon/sms Yati 019-272 7564.

(Kalau nak iklan cupcake anda, click sini)

Video Pilihan : Cupcake Recipe for Kids. Cute sangat!

Ingin membuat cupcake untuk kanak-kanak? Senang je. Tengok video ni untuk dapatkan idea. Anak-anak mesti suka!


Cheesy Cupcakes

Cubalah resipi ni dari Kak Fida myresipi.com. Sedaap...
Bahan-bahan ( 12-15 biji )
  • 200 g tepung gandum (2 cwn rata dan keluarkan 4 sb )
  • 150 g mentega lembut (15 sb rata atau 1/2 buku mentega+ 2 sb rata)
  • 150 g gula kastor/halus (15 sb rata)
  • 2 biji telur - dikocok
  • 2 sk baking powder
  • 60 g cream cheese

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil dipukul terus.
  3. Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk hingga rata.
  4. Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,isi 1/2 sudu kecil cream cheese dan tutup lagi dgn adunan kek.
  5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu 180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.
  6. **Cream cheese boleh jugak diganti cheddar cheese atau cheese slice yg dipotong kecil,ikut selera.

Anda penjual cupcake ke?


Jika anda penjual cupcake, saya menjemput anda mengiklankan bisnes anda di laman web saya ini. Ada 5 slot untuk iklan. Murah je.

RM25 untuk slot 1 bulan
RM60 untuk slot 3 bulan

Blog saya ni, kalau orang google "Cara buat cupcake" akan berada di muka hadapan (1st page). So, kalau berminat, sila email kat saya di lily.muas@gmail.com.

Jika anda dah ada banner, boleh email kat saya. Saiz 200 x 200 pixel. Kalau tak de, saya akan guna banner yg ada, cuma saya gantikan gambar cupcake kat banner tu dengan gambar cupcake dari blog/website anda dan letak URL blog/website di tempat "Advertise...". Banner tu akan link direct ke blog/website anda.

Cubalah...

Video Pilihan: Cupcake untuk Hari Ibu

Walaupun agak lambat saya jumpa video ni, tapi boleh cuba untuk bagi kat Ibu. Ketahui cara membuat corak bunga dan bagaimana membuat icing yang seakan dwi-warna.

 
Site Meter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan